Menarik.com - business marketing for entrepreneur » Pembacaan buku dalam perjalanan ke suatu destinasi


Pembacaan buku dalam perjalanan ke suatu destinasi



buku

Apakah yang terbayang dalam minda anda jika anda sedang membaca sebuah buku merentasi malam dan siang. Anda dalam perjalanan dari Kedah balik ke Johor Bahru.

Anda tentu letih dan pasti anda bukan dalam bas tetapi dalam sebuah keretapi yang panjang. Perjalanan anda tentu memakan masa satu hari dan satu malam.

Anda pasti memerlukan sebuah buku untuk membaca. Agaknya apakah buku yang akan anda baca? Buku akademik? Sudah tentu tidak puas.

Mungkin Novel dan buku-buku yang membawa anda ke alam yang anda lebih minat. Jadi anda perlukan sebuah buku yang menarik.

Saya sudah terfikir anda akan tercari buku yang menjadi kegemaran membaca jika anda membelinya pasti tidak rugi. Boleh diberi sebagai hadiah dan berilmu kepada anda.

Penulis akan menulis berdasarkan apa yang beliau tahu dan minat. Anda akan mendapat kepuasan membaca dari penulisan yang baik. Faedah yang baik dan pelbagai alam yang baru anda terokai.

Baiklah saya akan menulis bukan sebuah buku tetapi beberapa buku yang belum habis saya tulis. Ingatkan saya mempunyai perancangan menghabiskan menulis. Tetapi tidak kesampaian lagi.

Saya hendak cetak lagi senang anda baca tidak perlu anda print atau baca dalam komputer. Tetapi anda dapat memegang dalam bentuk buku.

Penulisan saya amat teliti dan saya buat kajian penuh dan tingkatkan kualiti dalam hasilnya yang penuh berkesan.

Tajuk yang saya pilih juga sangat menarik. Jika anda inginkan tajuk seperti “Sebuah permulaan saya dan … menuju ke arah kejayaan !”

Ia seperti sebuah tajuk yang baik. Tetapi tidak perlu saya tulis begitu kerana kerja saya belum habis lagi.

Saya akan menulis dalam bidang kesihatan, saham, dan kewangan. Lain-lain internet dan pelbagai bentuk penulisan yang baik.

Ramai yang akan terkejut jika saya menulis dan menjualnya dalam masa yang singkat. Oleh itu, saya berikan masa untuk membuat rujukan, mengkaji dan menghayati tulisan saya.

Sungguh saya amat minat bidang penulisan dan akan memberikan buku-buku saya untuk anda baca.

Saya rasa lebih baik menulis dalam bentuk buku dari menulis dalam blog, laman web, majalah dan lain-lain. Jadikan buku paling berharga. Jadi tidak ada apa yang perlu saya kejarkan. Saya perlu hanya masa untuk mengedit hasil akhir saya dan memberitahu kepada anda buku saya sudah siap. Sudah tentu tersenyum semuanya.

Saya ingin memberikan sebuah pemikiran minda yang lebih baik kepada masyarakat dan kebaikannya kepada sesiapa yang membacanya. Saya rasa berbangga dapat menulis. Tetapi saya tidak berminat hendak menulis dalam bidang politik sebab saya hanya ada blog politik. Itu juga tidak berpolitik sebab saya takut keluar bidang saya. Tidak terkawal jadinya. Jadi buat masa ini tiada politik.

Oleh itu, pembacaan anda adalah ilmu. Saya sekarang juga sedang membaca bukan sahaja menulis. Tetapi dalam rujukan yang sebab hendak beri kepada kualiti buku saya. Apa yang saya baca adalah ilmu. Sebab sebelum ini saya tidak tahu bahawa saya boleh buat begitu dan begini. Jadi pembacaan berterusan diperlukan.

Penat saya menulis pagi ini. Jam sudah pukul 2 pagi. Saya suka suasana pagi sebab kerja saya tenang tiada siapa yang mengganggu sebab semua sudah tidur. Tetapi memang keesokkan paginya susah bangun.

Apa yang ada sekarang saya fokus untuk menghasilkan buku dengan lebih cepat berbanding dulu saya tulis tidak begitu cepat. Sebab tulis lepas itu banyak yang nak kena semak balik. Jadi saya malas nak teruskan. Saya berhenti menulis.

Sekarang saya menulis di http://berita.menarik.com sebagai seorang penulis berita. Banyak yang saya belajar dari penulisan di sana.

Baca dan baca lagi. Akhirnya ilmu yang dibaca perlu dipraktikan. Jadi jangan lupa menjadikan amalan membaca. Bukan semua orang ingin menulis. Jadi anda tidak takut buku yang ditulis tidak berkualiti. Siapa yang ingin menulis jika tidak pandai sesuatu bidang. Pasti anda jumpa isi kandungan yang berbeza dalam setiap buku. Jadi beli sahaja dua buah buku boleh baca dua-dua. Satu habis baca satu lagi sampai puas.

Pernah satu ketika saya cari buku tetapi tajuk itu tiada. Jadi bukan semua buku yang kita cari ada. Ia pasti tajuk yang amat kita minat. Jadi tidak ada apa yang kita boleh buat melainkan tidak berilmulah kita jawabnya.

Saya akan menulis buku yang anda cari tetapi tidak ada. Jadi anda lebih berilmu sekarang berbanding dulu. Segalanya bergantung pada Allah SWT sebab saya hanya berusaha tuhan menentukan.


Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>