|
Menjana Pendapatan Melalui Internet (Panduan Program Autosurf) |
|
|
|
Panduan Komprehensif Yang Saintifik Dan Praktis Ke Arah Menjadi Pengguna Internet Berjaya |
|
is150 |
|
Menjana Pendapatan Melalui Internet
(Panduan Program Autosurf)
Panduan Komprehensif Yang Saintifik Dan Praktis Ke Arah Menjadi Pengguna Internet Berjaya
|
Isi Kandungan |
Muka Surat |
|
Pengenalan |
3 |
|
Akaun Dagangan Internet |
7 |
|
Apa Itu Autosurf? |
9 |
|
Simulasi |
13 |
|
Kesimpulan |
15 |
|
Maklumat Tambahan |
|
|
Server Time |
16 |
|
E-Currency |
16 |
|
E-Gold |
17 |
|
Pelayar Sokongan |
18 |
|
Perisian-perisian Sokongan |
19 |
|
Rujukan |
20 |
|
Penafian |
20 |
|
Penutup |
20 |
|
|
|
Buku Digital Ini Adalah Hakcipta Terpelihara is150©
Versi digital ini boleh diedarkan secara percuma dan bebas, asal
anda tidak mengubah sebarang isi kandungannya yang asal.
Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.
Edisi Pertama 2005
Menjana Pendapatan Melalui Internet
Pengenalan
Adakah anda suka melayari internet? Berapa lama anda gunakan masa anda untuk melayari internet dalam sehari? Seminggu ? Sebulan ? Setahun ? Dan.. apakah yang anda dapat dari melayari/menggunakan internet selain maklumat dan hiburan yang anda cari?
Tahukah anda? Pada masa kini, anda boleh menjana pendapatan hanya dengan melayari internet?.. Ya! hanya dengan melayari internet selama 1-2 jam sehari... anda mampu untuk mendapatkan pendapatan sehingga RM10 000 sebulan.. malah boleh lebih dari itu..
tidak percaya? Teruskan membaca kerana saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana ianya boleh menjadi realiti!
Ketahuilah, internet pada masa kini bukanlah hanya sekadar digunakan untuk mencari maklumat serta hiburan, tetapi berjuta-juta orang telah menggunakan internet untuk menjana pendapatan mereka. Dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi ianya realiti dan telah terbukti !!.
Dengan hanya bermodalkan sebuah komputer dan capaian internet! (Tidak kiralah komputer sendiri atau komputer orang lain :D ). Anda mampu untuk melakukannya. Tidak kira di mana anda berada, di rumah, di pejabat, di makmal komputer, malahan di bilik tidur anda sekalipun anda boleh melakukannya.
Malah, program yang dicadangkan ini tidak mengganggu kerja-kerja harian anda. Anda masih boleh menggunakan komputer seperti biasa. Sebagai contoh, anda masih boleh melayari internet, periksa email, menaip dan mendengar lagu dan sebagainya.
Beginilah, baru dikatakan pengguna bijak. Dalam zaman multi-tasking ini, kita boleh membuat 3-5 kerja serentak. Ini barulah dikatakan sambil menyelam, minum air.
Jika anda masih tidak percaya! Biar saya tunjukkan sedikit bukti! Berikut adalah pendapatan yang saya peroleh beberapa bulan lalu!! Ini adalah hasil daripada kerja acuh tak acuh daripada mula. Selepas menampakkan hasil barulah mula bersemangat.
Program autosurf yang dipantau
Melayari internet seperti biasa
Memeriksa email harian
Menaip menggunakan program MS Office
Bagaimana? Berminat? Teruskan Membaca kerana saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana ianya boleh dilakukan langkah demi langkah!
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, suka saya maklumkan, bahawasanya.. terdapat pelbagai kaedah/program yang terdapat di internet yang boleh kita lakukan atau sertai untuk kita menjana pendapatan melalui internet. Tetapi, di sini, saya ingin menerangkan hanya salah satu daripada kaedah tersebut. Di mana, kaedah ini adalah kaedah yang paling mudah untuk dilakukan, ia tidak memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam bidang IT. Apa yang diperlukan, hanyalah pengetahuan asas mengenai penggunaan internet, iaitu melayari internet menggunakan web browser. Saya yakin, jika anda telah berjaya membaca buku digital ini, sudah pastinya anda telah mempunyai pengetahaun asas tersebut.
Baiklah! Tibalah masanya untuk saya mengumumkan kaedah tersebut, kaedah yang dikatakan boleh menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan hanya dengan melayari internet. Kaedah yang disebut-sebut itu, tidak lain dan tidak bukan lagi… diberi nama “Autosurf”. Mungkin anda pernah mendengarnya, dan mungkin juga tidak. Walau apa-apa pun, jangan risau, saya akan menerangkannya dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan menyertainya.
Bagaimana? Sudah bersedia? OK!
Untuk menyertai program ini, 2 perkara asas yang perlu anda kuasai sebelum anda memulakannya adalah :-
Akaun Dagangan Internet
Jika anda ingin melibatkan diri di dalam dunia perniagaan internet, perkara utama yang perlu anda ketahui ialah mengenai Akaun Dagangan Internet. Fungsi Akaun Dagangan Internet ini tidaklah jauh berbeza dengan fungsi akaun bank simpanan yang anda miliki di dalam kehidupan anda. Apa yang berbeza, hanyalah.. bank tersebut adalah bank maya dan duit anda adalah berbentuk elektronik manakala, nombor akaun anda pula ialah alamat email anda yang anda gunakan semasa proses pendaftaran. Tetapi jangan risau! Anda boleh tukarkan duit elektronik anda itu kepada duit tunai untuk anda gunakan membeli makanan, pakaian atau apa sahaja yang anda impikan. ☺
Seperti akaun bank biasa, “akaun dagangan internet” ini berfungsi untuk anda menerima membayar serta menyimpan duit anda. Anda juga boleh mengeluarkannya kepada bentuk tunai pada bila-bila masa, oleh itu maklumat yang anda isikan ketika mendaftar untuk membuat “akaun dagangan internet” ini, perlulah betul dan tepat. Anda dinasihatkan menyimpan maklumat pendaftaran anda seperti username & password di tempat yang selamat. Anda juga dinasihatkan menyemak caj-caj yang dikenakan sebelum anda menunaikan sebarang amaun dari “akaun dagangan internet” anda kepada wang tunai.
Ok! Cukup penerangan mengenai “akaun dagangan internet” ! Persoalannya… Di mana saya boleh dapatkannya?
Bagus! Nampaknya anda tidak sabar-sabar untuk menjana pendapatan anda melalui internet! Semangat begini lah yang diperlukan!.. syabas!! teruskan membaca..
Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan “akaun dagangan internet” ini. Tetapi yang paling popular adalah seperti berikut:-
Satu “akaun dagangan internet” sahaja sudah mencukupi. Walau bagaimanapun, adalah tidak menjadi kesalahan untuk anda membuka “akaun dagangan internet” lebih daripada satu. Contohnya, “ adalah mencukupi untuk anda membuka akaun bersama E-Gold , tetapi tidak juga menjadi kesalahan untuk anda turut membuka akaun bersama Studiopay serta Paypal.” Hmm.. tiba-tiba terasa seperti mengajar kelas bahasa pula.
Secara asasnya, setiap “akaun dagangan internet” membolehkan anda
Ok! Dah faham! Err…. Tapi.. err… err…. apa sebenarnya fungsi akaun dagangan internet ini? Kenapa kita perlu ada akaun dagangan internet ini?
Aduh…!! Ponat den menaip.. tak faham lagi ke?...
Ok… secara ringkasnya begini.
Anda perlulah mempunyai “akaun dagangan internet” ini adalah untuk anda menerima bayaran dari program autosurf yang anda sertai. Ini kerana, kebanyakan program autosurf, akan membayar hasil pendapatan anda, terus ke dalam “akaun dagangan internet” anda. Selepas itu, bolehlah anda keluarkan duit itu ke dalam bentuk tunai dengan memindahkan duit dalam “akaun dagangan internet” tersebut ke dalam akaun bank simpanan anda menerusi kaedah “bank wire”.
Bagaimana? Sudah faham? Jika tidak.. sila ulang baca perenggan di atas 18x lagi.
Jika anda telah faham, apa lagi, segeralah klik pada salah satu link penyedia perkhidmatan akaun dagangan internet yang disenaraikan di atas, dan mendaftarlah sekarang. Pendaftaran adalah percuma!
Selepas anda membuka akaun tersebut, pastinya kini anda tertanya-tanya. Bagaimana untuk saya menyertai program autosurf pula? Teruskan membaca….
Program Autosurf
Akaun Dagangan Internet (E-Gold dll)
Akaun Bank Tempatan (Maybank, EON Bank dll)
Bank Wire
Apa Itu Autosurf ?
Secara ringkasnya, Autosurf adalah merupakan sebuah program pertukaran trafik halaman web sesama ahlinya. Senang kata, apabila anda menyertai program autosurf ini, anda telah berjanji untuk melihat/melayari halaman web ahli yang lain. Anda lihat website ahli lain, ahli lain lihat website anda. Senang bukan? Itulah konsep asas program autosurf.
Kini anda mungkin bertanya… Bagaimana jika saya tidak mempunyai halaman web? Boleh join ke?
Relak.. relak.. bawa bertenang.. jawapannya.. boleh!
Ya, anda boleh menyertai program ini walaupun anda tidak mempunyai sebarang website. Malahan anda tidak perlu melihat satu demi satu website ahli lain yang anda layari apabila menyertai program ini. Malah, yang paling menggembirakan lagi, anda akan dibayar untuk melayari website-website ahli tersebut tanpa anda perlu duduk depan komputer dan melihat satu demi satu website yang anda layari.
Apa yang perlu anda lakukan, anda hanya perlu mengaktifkan program autosurf tersebut, dan membiarkannya selama 1-2 jam berjalan di dalam komputer anda. Semasa anda mengaktifkan program autosurf tersebut, anda boleh membuat kerja lain seperti membuat laporan kerja anda, membuat reka bentuk grafik, menaip, berchating, mendengar lagu, bermain games ataupun pergi ke kedai mamak menikmati sekeping roti canai dan segelas teh tarik. Macam mana ? seronok bukan?
1-2 jam selepas itu, anda boleh kembali ke komputer anda dan melihat hasil yang anda peroleh.
Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mudah sahaja, apabila anda mengaktifkan program autosurf, web browser akan melakukan proses surfing website-website ahli mereka secara automatik. Oleh itu, anda tidak perlu mengklik mana-mana link untuk melayari satu demi satu website ahli yang menyertai program autosurf tersebut.
Mungkin anda akan tertanya-tanya… Aik? Macam mana dia boleh buat surfing automatik?
Mungkin pada sesetengah orang soalan ini adalah soalan bodo, tetapi itulah persoalan yang sering timbul di fikiran saya ketika mula-mula diperkenalkan dengan program ini dan soalan itu menyebabkan saya kurang berminat untuk menyertai program autosurf ini pada mulanya kerana tidak faham dan tidak dapat membayangkan bagaimana browser tersebut boleh surfing secara automatik.
Jangan risau saya tidak akan biarkan diri anda tertanya-tanya dan akhirnya hilang minat seperti saya suatu masa dulu.
Paparan berikut, adalah contoh paparan yang akan anda peroleh selepas anda mengaktifkan program autosurf.
Sila perhatikan ruangan di dalam kotak merah. Di situ, anda dapat melihat sebuah kotak masa berwarna kuning yang tertulis “Next site in 6 sec”.
Ya, begitulah surfing automatik. Selepas 6 saat, halaman web ahli yang lain akan dipaparkan, begitulah seterusnya sehingga anda mencapai target bilangan website ahli yang perlu anda lawati dalam sehari. Selepas anda mencapai sasaran tersebut, anda boleh mematikan program autosurf tersebut.
Ok! Dah faham! Tapi bagaimana saya boleh mendapat duit?
Ok! Setiap program autosurf memberikan nilai pulangan yang berbeza, iaitu di antara 1% - 4% sehari. Ya.. perhatikan perkataan “nilai pulangan”.
Apabila saya menyebut mengenai “nilai pulangan”, ini bermakna, akan ada sejumlah duit yang perlu dilaburkan, dan hasil daripada pelaburan tersebut dipanggil “nilai pulangan”.
Jika anda melabur sebanyak USD100, dan dengan nilai pulangan sebanyak 1% sehari. Maka anda akan mendapat USD1 sehari. Selepas 30 hari, anda akan mendapat USD30, setahun USD365 dan begitulah seterusnya dengan syarat, anda hendaklah melakukan autosurfing tersebut setiap hari. Dan perlu ditegaskan, semua proses ini hanya memakan masa kurang daripada sejam (1 jam) sehari.
Tapi! Saya tiada duit sebanyak USD100 untuk melabur, sesen pun saya takde! Lagipun tadi awak kata tak payah keluarkan satu sen pun!! Tetiba kata kena labur USD100 plak.. ini dah kira tipu!... cis!!
Sabar.. sabar… saya tidak mengatakan anda perlu melabur sebanyak USD100, saya cuma kata “jika”… cuba baca semula ayat di atas…
Baiklah, jika anda tidak mempunyai modal walau sesen pun, anda masih boleh menyertai program autosurf ini. Ini kerana, kebanyakan program autosurf akan memberikan modal sebanyak USD4 – USD20 secara percuma apabila anda mendaftar.
Oleh itu, anda tidak perlu mengeluarkan modal sesen pun, tetapi anda masih boleh terus menjana duit setiap hari apabila anda mengaktifkan program autosurf tersebut.
Katakan anda mendapat modal percuma sebanyak USD10, dan pihak penyedia program autosurf menetapkan nilai pulangan adalah sebanyak 1% sehari dengan syarat anda melayari sebanyak 200 website sehari.
Oleh itu, setelah anda selesai melayari sebanyak 200 website sehari di mana proses pelayaran(surfing) itu adalah secara automatik yang tidak memerlukan anda berada di hadapan komputer setiap masa, dan proses tersebut biasanya hanya mengambil antara 1-2 jam.. anda akan mendapat sebanyak USD 0.1
Walau bagaimanapun, setiap penyedia program autosurf menetapkan nilai yang berbeza-beza di dalam memberikan modal percuma, nilai pulangan serta bil website yang perlu dilayari dalam jangka masa sehari. Oleh itu, anda perlulah menilai dan mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri yang ditetapkan bagi setiap program autosurf yang ingin anda sertai. Untuk memudahkan anda, berikut saya senaraikan beberapa program autosurf yang popular dan yang mempunyai reputasi yang baik.
|
Nama Program |
Modal Percuma (USD) |
Masa |
% Pulangan |
Bil Website |
Ratio |
Payout (USD) |
|
Studiotraffic.com |
10 |
15 |
1% |
200 |
2:1 |
10 |
|
4Daily.com |
4 |
20 |
4% |
40 |
1:1 |
8 |
|
2Daily.com |
10 |
20 |
2% |
50 |
10:9 |
8 |
|
Aussieearners.com |
10 |
20 |
1% |
125 |
10:8 |
20 |
|
Minimumsurf.com |
5 |
20 |
1% |
50 |
2:1 |
1 |
|
CobraPay |
4 |
25 |
3% |
80 |
10:5 |
15 |
Penerangan Ringkas:-
Nama Program : Nama penyedia program autosurf
Modal Percuma : Nilai Modal yang diberikan secara percuma kepada anda jika anda mendaftar.
Masa : Tempoh masa yang diambil untuk memaparkan sesebuah website ahli.
% Pulangan : Peratus pulangan yang anda akan terima daripada modal anda
Bil website : Bil website yang perlu anda lawati dalam sehari, nilai ini mungkin berubah jika anda meng”upgrade” akaun anda (memasukkan modal tambahan)
Ratio : Kadar nisbah antara bilangan website yang perlu anda lawati dengan bilangan website anda dipaparkan. Contohnya, 2:1 , 2 kali anda tengok website orang lain, 1 kali website anda ditengok oleh orang lain.
Payout : Jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun autosurf anda untuk anda menerima/memindahkan wang tersebut kepada “akaun dagangan internet” anda.
Simulasi
Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengikuti program ini tanpa mengeluarkan satu sen pun, izinkan saya menunjukkan jangkaan pulangan untuk anda. Saya andaikan anda mendaftar di dalam dua (2) program dahulu iaitu 4Daily.com dan Studiotraffic.com . Ini termasuklah anda akan mendaftar di dalam akaun dagangan (E-Gold).
|
Bulan |
Nama Program |
Modal (USD) |
Jangkaan Pulangan (USD) |
Catatan |
|
1. Mac (31 hari) |
4Daily.com |
4 |
4.96 |
anda mendaftar program pada 1 hb |
|
|
Studiotraffic.com |
10 |
3.10 |
anda mendaftar program pada 1 hb |
|
2. April (30 hari) |
4Daily.com |
4 (15 hari pertama) 8 (hari ke 16 dan berikutnya) |
3.04 (15 hari pertama) 4.80 |
pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 8.00 (4.96+3.04) Dicadangkan USD 8 dilaburkan kembali ke 4Daily.com |
|
|
10 |
3.00 |
Jumlah terkumpul USD 6.10 |
|
|
3. Mei (31 hari) |
4Daily.com |
8 (15 hari pertama) 16 (hari ke 16 dan berikutnya) |
4.80 (15 hari pertama) 10.24 |
Pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 9.60 (4.8+4.8) Dicadangkan USD 8 dilaburkan kembali ke 4Daily.com |
|
|
Studiotraffic.com |
10 |
3.10 |
Jumlah terkumpul USD 9.20 |
|
4. Jun (30 hari) |
4Daily.com |
16 (15 hari pertama) 24 (hari ke 16 dan berikutnya) |
9.60 (15 hari pertama) 14.40 |
Pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 19.84 (10.24+9.6) Dicadangkan USD 8 dilaburkan kembali ke 4Daily.com dan USD 10 ke Studiotraffic.com |
|
|
Studiotraffic.com |
10 |
3.00 |
Jumlah USD 12.20 Dicadangkan USD 10 dilaburkan ke Studiotraffic.com (baki USD 2.20) |
|
5. Julai (31 hari) |
4Daily.com |
24 (15 hari pertama) 24 (hari ke 16 dan berikutnya) |
14.40 (15 hari pertama) 15.36 |
Pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 28.80 (14.4+14.4) |
|
|
Studiotraffic.com |
30 |
9.30 |
Jumlah terkumpul USD 11.50 (9.3+2.2) |
|
6. Ogos (31 hari) |
Mulai ini anda boleh laksanakan cara pelaburan anda sendiri. |
|||
Jadual di atas haya simulasi bagi enam (6) bulan pertama tanpa anda mengeluarkan modal. Sekiranya anda boleh kekalkan sehingga bulan ke sembilan (9) dan selebihnya, anda boleh menerima sehingga USD 50 dan lebih sebulan. Perlu diingatkan, anda tidak mengeluarkan modal walau sesen pun. (kecuali bayaran melayari internet yang memang anda lakukan sejak sekian lama dulu). Sekiranya anda sanggup mengeluarkan modal sedikit, jadual di atas akan berubah dengan banyak.
Kesabaran di dalam mengikuti program ini juga perlu di dalam mencapai kejayaan. Kita tidak akan menampakkan hasil daripada program ini dalam masa seminggu dua. Saya sendiri telah menerima hasil daripada usaha berterusan ini hampir setahun.
Jadual di bawah menunjukkan anda sanggup mengeluarkan modal sebanyak USD 14 ( lebih kurang RM 56):
|
Bulan |
Nama Program |
Modal (USD) |
Jangkaan Pulangan (USD) |
Catatan |
|
1. Mac (31 hari) |
4Daily.com |
8 |
9.92 |
anda mendaftar program pada 1 hb dan menembah modal sebanyak USD 4 |
|
|
Studiotraffic.com |
20 |
6.20 |
anda mendaftar program pada 1 hb dan menambah modal sebanyak USD 10 |
|
2. April (30 hari) |
4Daily.com |
8 (15 hari pertama) 12 (hari ke 16 dan berikutnya) |
4.80 (15 hari pertama) 9.60 |
pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 14.72 (9.92+4.80) Dicadangkan USD 4 dilaburkan kembali ke 4Daily.com dan USD 10 dilaburkan ke Studiotraffic.com |
|
|
Studiotraffic.com |
30 |
9.00 |
Jumlah terkumpul USD 15.20 (USD 10 dilaburkan kembali ke Studiotraffic.com ) |
|
3. Mei (31 hari) |
4Daily.com |
12 (15 hari pertama) 16 (hari ke 16 dan berikutnya) |
9.60 (15 hari pertama) 10.24 |
Pada 15hb akaun E-Gold anda akan dimasukkan USD 19.20 (9.60+9.60) Dicadangkan USD 8 dilaburkan kembali ke 4Daily.com dan USD 10 ke Studiotraffic.com |
|
|
Studiotraffic.com |
50 |
15.50 |
Jumlah terkumpul USD 20.70 (15.50 + 5.20) (USD 20 dilaburkan kembali ke Studiotraffic.com ) |
|
4. Jun (30 hari) |
Mulai ini anda boleh laksanakan cara pelaburan anda sendiri. |
|||
Dalam masa empat bulan, nilai pulangan anda akan menjadi USD 35++ sebulan. Dan dalam bulan ke Lima (Julai) anda akan menerima sekurang-kurang nya USD 50 dan nilai ini jika dipindahkan ke akaun bank anda di Malaysia anda boleh menerima sehingga RM 100 (tolak kos permindahan). Nah, sekarang anda boleh menjelaskan bil internet dan elektrik anda.
Saya sendiri, telah menggunakan kaedah pertama yang mana saya tidak mengeluarkan modal walau satu sen pun. Tapi malang bagi saya kerana terpaksa mengambil masa selama lima bulan untuk memahami konsep ini. Dan sekarang selepas setahun menceburkan diri di dalam program autosurf ini, saya boleh meningkatkan pendapatan bulanan keluarga saya.
Sebenarnya berpuluh lagi program sebegini di internet. Tetapi saya Cuma menekankan dua (2) program yang diyakini dan kurang risiko. Anda bebas memilih program yang ingin anda laksanakan.
Anda dinasihatkan untuk memahami dan membaca terlebih dahulu bahagian FAQ bagi setiap penyedia Program Autosurf yang ingin anda ceburi bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan tepat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk anda menjana pendapatan melalui internet dengan menyertai program autosurf ini ialah:
Mudah kan? Hanya 4 langkah sahaja. Jadi.. apa tunggu lagi! Bertindaklah!! Semoga Berjaya.
Maklumat Tambahan
Server Time
Anda dinasihatkan peka kepada Server Time setiap program Autosurf yang anda sertai bagi memastikan anda tidak terlepas tempuh pengumpulan credit dalam jangka waktu 24 jam setiap hari.
Perbezaan *1 jam lebih lewat mungkin akan berlaku, ia bergantung kepada Daylight Saving Time.
|
Program |
Server Time |
Malaysia |
|
|
Studiotraffic |
12.01 am |
12.01 pm |
kita awal 12 jam atau 13 jam |
|
Aussieearners |
12.01 am |
12.01 pm |
kita awal 12 jam atau 13 jam |
|
4daily |
12.01 am |
12.01 pm |
kita awal 12 jam atau 13 jam |
|
2daily |
12.01 am |
04.01 am |
kita awal 4 jam atau 5 jam |
E-Currency
Kebanyakan program autosurf juga membenarkan anda memindahkan hasil wang anda ke akaun E-Currency. E-currency adalah merupakan mata wang elektronik. Senang kata, duit elektronik laa...
Mata wang elektronik yang paling popular ialah E-Gold. Anda boleh membuka akaun E-Currency di www.e-gold.com secara percuma. Seperti akaun dagangan internet, E-Gold juga membolehkan anda menerima, memindah serta memasukkan duit ke dalamnya. Untuk mengeluarkan dana dari E-Gold ke bentuk tunai, prosesnya adalah seperti berikut.
Bank Wire/
Money order
Tunai - Akaun Bank Tempatan (Maybank dll)
Akaun E-Currency (e-gold dll)
Program Autosurf
Gold Exchange
asiangold.net
studiopay.com
moneygram.com
|
|
APA ITU eGOLD? |
|
E-gold adalah satu sistem matawang elektronik didaftarkan dibawah E-gold ltd, oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan . E-gold telah bergabung dalam satu akaun sistem pembayaran untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan emas sebagai matawang. Secara spesifik pembayaran melalui E-gold membenarkan orang ramai untuk membelanjakan (Spend) sejumlah emas, mengikut perkadaran berat untuk di pindahkan kepada akaun E-gold yang lain. Hanya hakmilik yang berubah. Emas yang tersimpan (treasury grade vault) masih tetap kekal Boleh Dipercayai (Trustworthy ) Mengikut pada E-gold User Agreement, emas fizikal yang menyokong akaun e-gold hendaklah wujud dalam bentuk fizikal, mendapat kelulusan rasmi (legal) dan bebas dari risiko politik. Merujuk pada deklarasi dari pihak e-gold “The e-gold bullion reserve special propose trust - ” menyatakan bahawa kegunaan secara mendadak hendaklah diwujudkan secara eksklusif adalah untuk kebaikan kesemua ahli dalam kumpulan pemegang akaun e-gold. Emas ini hendaklah wujud dalam bentuk emas fizikal yang tersimpan di “London Bullion Market Association (LBMA)” . Logam emas yang tersimpan hendaklah bebas dari sebarang “lien” atau encumbarance dan tidak terikat dengan mana-mana organisasi. Secara am, emas ini tidak terikat pada liability e-gold Ltd atau sebarang entity company. Tidak ada sebarang logam yang boleh di keluarkan dari simpanan tanpa pengesahan / tandatangan dua pihak , e-gold Ltd dan Escrow Agent untuk memastikan reputasi dan kualiti emas terjamin. Transparency E-gold Ltd. menawarkan tahap transparency secara tidak parallel Kiraan akaun E-gold secara total vs. Kiraan Emas tersedia secara Total . Informasi ini di bekalkan mengikut keadaan semasa dan terkini berdasarkan pemerincian dari ‘examiner’ tools dari E-gold website. ‘Statistic’ yang berkaitan dengan penggunaan dan perkembangan sistem e-gold Sistem Matawang Antarabangsa Internet - World Wide Web (WWW) Emas - World Wide Money (WWM) Kombinasi kedua-dua sistem ini secara global ini telah mewujudkan satu keperluan. E-gold telah wujud untuk memenuhi kehendak dan keperluan ini. E-gold dikira dalam bentuk berat logam dan bukan nya US$ atau mana-mana unit/ nilai matawang nasional. Berat unit lebih tepat dan mempunyai definasi yang boleh diguna secara global / antarabangsa. Sebagai tambahan, logam berharga ini ternyata digunakan dalam sistem kewangan sedunia. Oleh itu, e-gold adalah satu sistem yang ideal dan sesuai untuk transaksi antrabangsa. Walaupun e-gold dikira mengikut berat, sistem pembayaran e-gold membenarkan ‘Spends’ untuk menggantikan terma 8 nilai matawang terbesar dunia. Sebagai contoh, terma berikut adalah rasmi (possible) Spend 10 Troy oz adalah nilai e-gold Spend 5.3 grams adalah nilai e-gold Spend US $100.00 adalah nilai e-gold Spend CHF 685.88 adalah nilai e-gold Nilai-nilai yang dinyatakan diatas membawa maksud, Canadian boleh membuat pembayaran kapada German atau Japanese atau Australian, jumlah berat emas yang tepat dengan e-gold untuk mendapatkan barang/ servis secara mudah, seolah-olah harga telah ditetapkan dalam nilai matawang sesebuah negara. Kuasa Membeli ( The power of the E-gold Spend ) Kesemua nilai kewangan akan berpindah ke alam cyber hanya dalam beberapa tahun akan datang. E-gold telah bersedia dan begitu juga anda. E-gold - Jual Beli (Transaksi) tanpa sempadan E-gold boleh di belanjakan (Spent ) kepada akaun e-gold yang lain di mana-mana sahaja tempat di dunia menerusi e-gold shopping cart interface (SCI), e-gold account manager or telefon mudah alih dengan kemudahan internet. E-gold - Lebih Cepat dan Pantas Pembayaran e-gold serta-merta (tanpa risiko charge semula - chargeback) , tidak kira berapa besar pembayaran, tidak kira berapa jauh pembelanja dan penerima. E-gold - Lebih Menjimatkan Berbelanja dengan e-gold adalah percuma walaupun penerima anda berada dihujung dunia. Bayaran transaksi penerima adalah dari nilai rendah yang berpatutan kepada pesanan terendah dari kad kredit dan transaksi bank wire, tidak kira berapa besar (atau kecil) sesuatu pembayaran E-gold Agio fee, merangkumi kos simpanan bar emas, untuk melepasi tahap ekonomi untuk pembeli emas jumlah besar. Kelebihan pada semua pengguna wang. $$$$ Sasaran untuk pasaran e-gold adalah pengguna matawang. Bagaimanakah anda menggunakan matawang sekarang? Pengguna matawang ini akan berpeluang untuk menikmati kemudahan dari kestabilan, sistem keselamatan, efisyensi dan cost yang rendah dari e-gold. Berikut adalah contoh-contoh kegunaan e-gold; E-Dagang Pembayaran B2B ( Business-to- Business) Jualan - Point of Service Pembayaran Orang Perseorangan ( Person-to-Person) Gaji Bill Setempat Derma Badan Kebajikan Sistem kewangan yang menggunakan dasar ekonomi AUG* * AUG adalah singkatan nilai unit matawang “grams of gold” Pembangunan Pasaran Tukaran Dagangan Pembentukan sistem e-gold adalah bebas dari sebarang risiko kewangan. Tidak akan terdapat hutang atau liability yang bergantung dan terikat pada e-gold. Untuk tujuan ini, pihak e-gold Ltd. tidak akan memproses sebarang matawang national dari sebarang negara yang tidak mempunyai akaun bank. Oleh itu, e-gold Ltd. tidak akan boleh menawarkan servis tukaran matawang. Untuk menggalakan pertumbuhan bilangan pusat servis tukaran bebas di serata dunia yang menyokong tukaran antara matawang national dan e-gold, pihak e-gold telah menambah bilangan cara pembayaran termasuk kad kredit, bank wires cek bank dan money order. Tiada halangan/sempadan untuk penyertaan Tiada sebarang kos diperlukan untuk membuka akaun e-gold. Tiada pemeriksaan kredit, tiada had minimum diperlukan, tiada sebarang concept ‘akaun saudagar’ dalam akaun e-gold untuk melayakan perbelanjaan (Spend) e-gold atau penerimaan pembayaran e-gold. |
|
|
di alih bahasa dari https://www.e-gold.com/unsecure/qanda.html |
|
Pelayar Sokongan
Antara perisian pelayar yang diperlukan untuk memudahkan anda menjalan program ini ialah pelayar web (Browser). Terdapat pelbagai jenis pelayar web pada masa kini. Tetapi bagi menjalankan program autosurf, saya mencadangkan anda menggunakan salah satu pelayar web berikut , iaitu :-
Ini kerana, web browser ini membolehkan anda membuka beberapa halaman web secara serentak di dalam satu window sahaja dan ini akan memudahkan anda untuk memantau program autosurf anda. Anda boleh men’download’ perisian ini di link yang diberikan dan ia adalah percuma.
Perisian-perisian sokongan
Anda juga dinasihatkan memeriksa komputer anda supaya berada di tahap kesihatan yang optimum. Apa yang dimaksudkan ialah, pastikan perisian anti-virus anda telah atau sentiasa dikemas kini (update) dapatkan perisian pop-up blocker atau ad-blocker. Memasang firewall di komputer juga adalah digalakkan.
Ini semua kerana, dengan mengikuti program autosurf kita akan membenarkan pelayar internet melayari pelbagai jenis laman web. Jadi langkah berjaga-jaga amatlah penting. Sekarang anda mendapat faedah tambahan bagi komputer anda. Bukan sahaja pendapatan, anda akan mempelajari bagaimana untuk meningkatkan keupayaan dan kesihatan komputer.Rujukan